Nur Raudha binti Zainal
Km 13.5 Jalan Perabot Antik,
Kampung Berangan Enam Umbai,
77300 Merlimau,
Melaka
Pengurus Kolej Kediaman Teratai,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor. 1 JANUARI 2011
Tuan,
RAYUAN MEMASUKI KOLEJ KEDIAMAN TERATAI
Merujuk perkara di atas saya Nur Raudha binti Zainal, nombor matrik 2009285094 ingin membuat rayuan untuk memasuki kolej kediaman teratai.
2. Saya memilih untuk merayu kolej teratai sebagai kolej kediaman pilihan utama saya kerana ianya salah satu kolej di dalam UiTM yang sangat aktif dalam melakukan aktiviti- aktiviti dalam kolej, selain itu ianya berdekatan dengan Fakulti Pengajian saya iaitu Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Dengan ini ianya dapat memberi kemudahan untuk saya berulang alik ke fakulti untuk sesi pembelajaran dengan mudah sepanjang tempoh sesi semester berlangsung.
3. Selain itu, sebab utama saya ingin memohon kolej ini kerana kesukaran bagi saya untuk mencari kediaman di luar universiti iaitu rumah sewa memandangkan kos hidup yang tinggi seperti wang sewa rumah setiap bulan, makan dan minum serta saya juga tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk berulang-alik dari rumah ke kelas, yang ada hanyalah kenderaan awam seperti bas ianya menambahkan lagi jumlah kos keperluan kehidupan seharian saya. Saya pula hanya bergantung pada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menampung keperluan kehidupan seharian saya di Kampus. Ini kerana saya tidak ingin membebankan ibu bapa saya untuk memberi wang keperluan saya setiap bulan memandangkan tanggungan ibu bapa saya yang banyak.
Dengan ini saya sangat berharap agar rayuan saya untuk memasuki kolej kediaman teratai akan berjaya diluluskan. Semoga keprihatinan serta budi baik tuan akan diberkati Allah S.W.T.
Sekian Terima Kasih
.......................................
No comments:
Post a Comment